Thursday 27 June 2013

Ayat-ayat Al-Quran untuk pendinding diri


Salam wrt..pagi Jumaat yg penuh barakah. Semoga semua sahabat dalam redha Allah selalu. Sy nak share dgn sahabat semua ayat-ayat Al-Quran yg boleh di amalkan sebagai pendinding diri. Di harap dgn perkongsian sy ini, kita semua mendapat manfaat. 

SURAH AL-FATIHAH
Kaedah pembacaan:
Utk hari PERTAMA, baca Al-Fatihah selepas selesai setiap solat fardhu sebanyak sekali. Cthnya, jika hari pertama adalah Isnin, anda baca slps wirid dan doa setiap waktu solat dr subuh - isyak sebanyak SEKALI shj utk hari itu.
Pada hari KEDUA, baca sebanyak DUA kali ketika selesai setiap solat fardhu. 
Bilangan bacaan ditambah sehari sekali sehingga hari ke-7. Ini bermakna bacaan surah Al-Fatihah yg anda baca pada hari ke 7 adalah sebanyak 7x setiap solat fardhu.
Selepas hari tersebut, kekalkan bacaan sebanyak 7x setiap kali selesai solat fardhu.

AL-MU'AWWIZAT
Merujuk kpd 3 surah iaitu Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.
Kaedah pembacaan:
Duduk dan unjurkan kaki dan dada ke arah kiblat sambil mengangkat tgn seperti berdoa.
Baca Al-Fatihah.
Baca Al-Ikhlas 3x, Al-Falaq 3x dan An-Nas 3x.
Tarik nafas dan hembus pada kedua-dua tapak tgn sehingga hbs nafas.
Tarik sedikit nafas dan tahan smbl kedua belah tapak tgn menyapu seluruh anggota badan kec anggota sulit.

AYAT KURSI
Boleh diamalkan utk pertahanan diri dan kediaman dan harta benda.
Kaedah pembacaan:
Baca ayat kursi sekali dgn 9 wakaf (tempat berhenti).
Selepas baca, tiup dan hembus sambil mengelilingi badan mengikut arah lawan jam dgn niat utk melindungi diri.

SURAH YASIN
Ayat 1-9, blh dbaca sebagai benteng dan pendinding utk kediaman.

Artikel ni sy baca dr brochure Anugerah, sy harap perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kpd kita semua. 

No comments:

Post a Comment